SMK ABI
Sekolah Menengah Kebangsaan Abi
Ini merupakan pertama kali aku menulis tentang sekolah ini.Selama aku berada di sekolah tersebut,aku tidak pernah sekali berfikir untuk memberi pendapat peribadiku terhadap sekolah ini.Selama lima tahun aku menimba ilmu di sekolah ini,aku tidak pernah menyangka yang satu saat nanti aku akan meninggalkan sekolah ini.Segala kenangan yang ada di sekolah ini pasti akan tersemat di dalam hati saya juga apabila belajar di tempat lain nanti inshaallah.
Sepanjang lima tahun aku belajar di SMK ABI dari tahun 2013-2017,aku tidak akan melupakan segala kenangan yang saya kecapi bersama dengan sekolah terutama sekali kenangan aku dengan rakan-rakan saya kerana mereka lah yang bersama dengan saya ketika senang dan susah.Aku juga tidak akan melupakan jasa guru-guru yang mengajar aku dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.Aku berdoa kepada Allah SWT agar para cikgu sentiasa dimurahkan rezeki dan diberkati oleh Allah SWT dan juga kepada sahabat-sahabat aku agar kita terus mengeratkan hubungan silaturrahim apabila masing-masing memilih haluan kerjaya yang berbeza nanti.Aminn ya Rabbalalamin.
Ulasan
Catat Ulasan