Nilai bersyukur
NILAI BERSYUKUR
Dalam kita berseronok dengan nikmat yang kita kecapi dalam hidup kita ini,kadang-kadang segelintir daripada kita sendiri ada yang terlupa untuk mensyukuri bahkan mengucapkan perkataan alhamdulillah pun susah untuk kita dengar daripada mulut mereka.Kita ini sebagai seorang mukmin dan juga hamba kepada allah swt,kita harus sentiasa mengucapkan perkataan 'alhamdulillah'setiap kali kita mendapat nikmat yang kita sendiri tidak terjangka kerana nikmat yang kita ada itu semuanya datang daripada allah swt.
Adapun nikmat yang allah berikan itu termasuk nikmat kehidupan,nikmat senang lenang dan sebagainya,namun kita tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan perkara-perkara yang akan mengundang kemurkaan allah swt kerana allah akan menarik setiap nikmat yang kita kecapi untuk memastikan bahawa kita dapat memperoleh pengajaran agar kita tidak dapat mengulanginya lagi.
Nikmat yang paling penting harus kita ingat ialah nikmat kebebasan.Nikmat kebebasan dalam erti kata lain bebas menyuarakan pendapat,dan juga nikmat kemerdekaan yang allah kurniakan kepada kita selama 61 tahun ini.Seharusnya nikmat-nikmat seperti inilah yang kita harus kekalkan kerana cabaran kita sebagai generasi merdeka ialah untuk mengisi kemerdekaan dengan melakukan pelbagai program yang membantu meningkatkan taraf hidup rakyat.
Semoga allah swt sentiasa merahmati kita dan juga semoga semangat perpaduan antara kaum tidak akan lupus di Malaysia nanti inshaallah.sekian wallahualam...

Ulasan
Catat Ulasan