Pasca SPM

                                                                         PASCA SPM

 Sebelum menghadapi spm,hampir setiap kali aku berjumpa dengan teman-teman aku,wei lepas spm nanti hang nak keja apa?ada yang jawab tidak tahu lagi,ada yang kata ingin bekerja dengan keluarga mereka dan lain-lain lagi.Ada yang ingin sambung pelajaran ke giatmara dan sebagainya.Aku ingin sambung ke tingkatan 6 kerana belajar di tingkatan 6 ini hanya belajar selama setahun setengah jika dibandingkan dengan diploma yang mengambil masa selama 3 tahun dan juga tingkatan 6 ini juga memudahkan kita apabila masuk ke universiti nanti.

 Sebenarnya masa cuti banyak perkara yang boleh kita buat semasa cuti,ini adalah masanya untuk kita melakukan sesuatu yang berfaedah jika dibandingkan dengan hanya mengisi masa lapang dengan melakukan perkara yang sia-sia seperti bermain game,menonton televisyen dan sebagainya.Selain itu juga,masa cuti ini juga merupakan masa yang sesuai untuk kita mencari kerja atau pergi daftar untuk melakukan ujian lesen bagi yang belum mengambil lesen lagi.Aku sekarang dalam proses untuk membuat lesen P untuk kereta dan motor dan doakan aku juga supaya berjaya melepasi ujian kedua-dua lesen tersebut.

  Dalam menjalani kehidupan kita pasca spm ini,aku mengaku bahawa aku merindui setiap detik yang aku rasai di zaman waktu sekolah menengah.Aku merindui karenah kawan-kawan aku yang selalu bikin aku rasa terhibur.Aku berdoa kepada allah swt agar sahabat-sahabat aku terus dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki oleh allah swt.amin ya rabbal alamin.sekian...

Ulasan

Catatan Popular