Tujuan selepas dapat result spm

Hala tuju selepas mendapat keputusan Spm

Assalamualaikum para pembaca sekalian,sudah lama saya tidak menulis di blog ini kerana saya kekurangan idea tentang apa yang harus saya tulis di blog ini.Setelah 2 bulan saya tidak menulis apa-apa di blog ini tetapi alhamdulillah pada hari ini saya mendapat idea untuk menulis sesuatu yang saya serta pelajar lepasan spm hadapi sekarang ini.Persoalan sekarang adalah apakah tujuan kita selepas mendapat result spm???Sejujurnya saya memberitahu para pembaca bahawa saya sekarang ini pun ketika menulis di blog ini masih tidak dapat mengenal pasti apa yang saya harus lakukan selama 2 bulan ini...

Memang selepas saya mendapat result spm ini saya memang hanya berada di rumah sahaja.Tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya melihat televisyen dan bermain telefon pintar merupakan rutin harian yang saya lakukan setiap hari.Dan memang ini merupakan cuti yang paling lama bagi saya selepas habis spm dan selepas mendapat keputusan spm.Sebelum saya mendapat keputusan spm memang ada sahabat yang bertanyakan kepada saya dan juga dorongan daripada ahli keluarga saya yang menyuruh saya agar mengisi dahulu jurusan yang kita minat dalam aplikasi dan juga laman web UPU online.

Selepas saya mengisi jurusan yang saya minat dalam UPU online,saya dapat result spm yang agak baik bagi saya dan saya terus terfikir samada saya ingin sambung ke peringkat diploma ataupun menyambung ke tingkatan 6.Permintaan ke politeknik saya tidak minta atas sebab-sebab tertentu.Dan seperti yang kita tahu bahawa pengajian ke Diploma mengambil masa selama 3 tahun dan juga dikenakan yuran pengajian manakala Tingkatan 6 pula hanya mengambil masa selama 1 tahun setengah sahaja dan tidak dikenakan yuran pengajian dan hanya dikenakan yuran PIBG.

Jadi,selepas saya mendapat nasihat daripada kawan-kawan dan keluarga saya,akhirnya saya memutuskan bahawa saya akan menyambung pelajaran saya ke tingkatan 6 kerana saya memang merancang untuk menyambung ke tingkatan 6 sebelum mengambil peperiksaan spm lagi.

Jadi nasihat saya kepada para pembaca yang saya kasihi ialah buat pilihan dengan sebaiknya kerana ia akan menentukan masa hadapan dan halatuju anda yang lebih baik lagi.Sekian terima kasih Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 


Ulasan

Catatan Popular