Tingkatan 6

TINGKATAN 6

   Assalamualaikum semua.Sudah agak lama juga ya saya sudah tidak menulis di laman blog saya ini.Saya sibuk dengan aktiviti tingkatan 6 yang mana saya sendiri turut sertai seperti karnival sukan tingkatan 6 dan juga program yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan perlis (JPN) iaitu program gelap gemilang yang diadakan di institut pengajian tinggi (IPG) di Kangar,Perlis.Jadi 2 program tersebut berlaku pada minggu lepas dan juga minggu lepas yang lagi satu.Jadi saya sekarang amat sibuk dengan peperiksaan trial ataupun percubaan semester 1 pada minggu seterusnya dan juga peperiksaan semester 1 yang akan diadakan bulan 11 ini.

   Jadi kita teruskan kepada topik yang saya akan kongsikan kepada para pembaca pada malam ini iaitu tingkatan 6.Sebenarnya saya tidak jangka yang saya akan mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran tingkatan 6 saya di SMKA Arau.Ini kerana saya sebenarnya sudah menetapkan bahawa selepas keputusan spm keluar,saya akan mengambil tingkatan 6 dan mengambil jurusan sejarah ataupun sains sosial di sekolah yang berdekatan dengan rumah saya iaitu smk tengku suleiman.

    Namun,takdir allah telah meletakkan saya untuk menuntut ilmu di bumi SMKAA yang pada pendapat saya tidak pernah sangka untuk belajar di sini.Dan sesungguhnya ini adalah peluang buat diri saya untuk terus menambah ilmu sebagai persediaan untuk memasuki universiti pada masa hadapan.D isamping itu juga dapat berkenalan dengan kawan-kawan baharu supaya dapat mengeratkan lagi hubungan persaudaraan antara sesama manusia...sekian.

Ulasan

Catatan Popular