Covid-19

  Sekian lama tangan ini tidak menulis di dalam blog ini. Sudah hampir setahun aku tidak melihat blog ini. Terlebih dahulu aku ingin meminta maaf kerana tidak sempat menulis mengenai pengalaman aku menempuh ke dunia tingkatan 6. Inshaallah nanti apabila ada masa yang terluang, aku akan menulis mengenai pengalaman yang aku dapat sepanjang menjalani kehidupan sebagai pelajar tingkatan 6 samada berbaloi untuk menyambung belajar di tingkatan 6 ataupun tidak nanti saya akan ulas.

  Ok , berbalik kepada isu Covid-19 yang bakal kita ulaskan, baru-baru ini virus Covid-19 yang melanda penduduk di seluruh dunia , tidak terkecuali Malaysia yang terkena tempiasnya juga apabila ramai daripada masyarakat di negara kita yang sudah terkena jangkitan virus Covid-19 ini. Virus yang asal daripada sebuah pasar yang terdapat di Wuhan, China ini sudah menjangkiti sebanyak 
1, 496, 055 orang di 184 negara di seluruh dunia, manakala di Malaysia pula sudah menjangkiti hampir 4 228 orang. Antara negara yang mencatat bilangan kes positif Covid-19 tertinggi di dunia ialah Amerika Syarikat yang mencatatkan bilangan kes sebanyak 432, 438 dicatatkan dan ini diikuti oleh Sepanyol sebanyak 148, 220 kes dan Itali yang mencatatkan sebanyak 139, 422 kes. Amerika Syarikat yang terkenal kerana mempunyai teknologi perubatan yang moden juga tidak mampu untuk menangani masalah Covid-19 ini kerana ahli politik di Amerika Syarikat sibuk mempolitik kan isu perubatan ini. Manakala di Negara Eropah memang menjadi tempat tumpuan utama penyebaran wabak virus tersebut di mana negara seperti Itali merupakan pintu masuk wabak sejak dari dahulu lagi.

 Oleh sebab itu, kerajaan telah melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang bermula dari 18 Mac hingga 1 April untuk fasa yang pertama, manakala fasa yang kedua bermula 1 April hingga 14 April dan yang terbaru untuk fasa yang ketiga bermula dari 15 April hingga 28 April. Sejak kerajaan melaksanakan perintah kawalan ini, terdapat peningkatan kes pulih daripada jangkitan Covid-19 yang melebihi kes positif jangkitan Covid-19 di mana hari ini kes sembuh meningkat kepada 222 orang menjadikan jumlah yang discaj ataupun sembuh meningkat kepada 1 830 orang manakala kes positif Covid-19 pada hari ini ialah 118 kes. 

 Sebagai kesimpulannya, marilah kita sebagai rakyat Malaysia harus mematuhi perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk memastikan rantaian virus Covid-19 ini dapat diputuskan dengan segera. Walaupun aku pada awainya agak keberatan untuk menerimanya, akan tetapi demi kemaslahatan menjaga nyawa lebih penting daripada segalanya, maka aku ikut akan perintah tersebut. Maka oleh itu, marilah kita bersama-sama duduk di rumah agar virus tersebut dapat dihapuskan nanti dan keadaan kembali menjadi seperti biasa.... Amin Ya Rabbal alamin

Ulasan

Catatan Popular