Sekilas politik luar negara
Pada 3 hari
yang lepas iaitu pada tanggal 18 Jun 2021, rakyat Iran telah keluar untuk
mengundi calon pilihan raya presiden baharu yang menepati citarasa mereka.
Presiden Iran sekarang, iaitu Hassan Rouhani tidak boleh bertanding pada
pemilihan presiden kali ini kerana perlembagaan Iran tidak membenarkan memegang
jawatan presiden melebihi 2 penggal berturut-turut. Maka rakyat Iran perlu
memilih calon-calon yang terdiri daripada golongan konservatif dan reformis.
Politik Iran terbahagi kepada 2 golongan iaitu golongan konservatif, iaitu
mereka yang berpegang teguh kepada prinsip-prinsip revolusi iran yang menjadi
asas kepada pembentukan Republik Islam Iran dan memilih untuk bersikap
konfrontasi kepada negara-negara barat terutamanya Amerika Syarikat, manakala
reformis pula mereka yang mahu berbaik-baik kepada negara barat dan dan mahu
menumpukan kepada membangunkan kembali ekonomi pasca sekatan ekonomi yang
dikenakan oleh negara barat kepada negara Iran.
Antara
calon-calon pemilihan presiden kali ini iaitu antaranya ialah Ebrahim Raisi,
calon presiden pada tahun 2017 yang menentang presiden semasa Hassan Rouhani di
mana beliau hanya kalah sebanyak 8,000 undi sahaja dan merupakan calon
kegemaran untuk menang dalam pilihan raya kali ini jika dibandingkan dengan 2
calon yang lain yang bertahan setelah 4 calon lain menarik diri di mana
rata-ratanya merupakan calon daripada golongan konservatif itu sendiri seperti
Mohsen Rezaee yang merupakan bekas pegawai senior dalam Tentera pengawal
revolusi Islam dan Abdolnaser Hemmati yang merupakan bekas gabenor bank negara
Iran. Terdapat juga calon-calon lain yang bertanding pada pilihan raya presiden
kali ini tetapi pencalonan mereka ditolak oleh “majlis syura ulama” Iran
ataupun dalam bahasa inggerisnya dipanggil “The assembly of experts” yang
merupakan sebuah badan yang terdiri daripada 12 orang ulama ataupun fiqih syiah
islam yang dilantik oleh pemimpin agung Iran Ayatollah Ali Khamenei dan juga
merupakan penentu keputusan sama ada calon-calon ini tepat untuk menjadi calon
dalam pilihan raya presiden kali ini. Calon-calon yang ditolak pencalonannya
ialah seramai 600 orang termasuk Ali Larijani, mantan speaker parlimen iran
yang merupakan seorang konservatif tetapi agak lembut dengan golongan reformis
dan Ahmad Ahmadinejad yang merupakan mantan presiden Iran selama 2 penggal yang
mencari peluangnya untuk kembali menjadi presiden.
Jadi, pilihan
raya pada kali ini dilihat agak sedikit suram kerana kebanyakan rakyat Iran
sudah menjangka bahawa Ebrahim Raisi akan memenangi pilihan raya tersebut
kerana calon-calon lain yang tidak begitu popular dan disebabkan tiada calon
terkemuka yang mampu mencabar Ebrahim Raisi. Pilihan raya presiden kali ini
mencatatkan peratusan hanya sebanyak 48.8 peratus, paling rendah sejak daripada
pilihan raya 1989 di mana hanya sebanyak 51 peratus peratusan keluar mengundi
dicatatkan. Seterusnya, rakyat Iran melihat pilihan raya
pada kali ini tiada makna kerana mereka menganggap bahawa presiden semasa
Hassan Rouhani tidak mampu memperbaiki keadaan ekonomi negara tersebut setelah
diberi sekatan ekonomi tertinggi oleh Amerika Syarikat. Oleh itu, mereka sudah
muak dan tidak mahu turun mengundi lagi kali ini.
Kebanyakan
negara terutamanya negara barat menyatakan kerisauan mereka apabila seorang
konservatif tegar seperti Ebrahim Raisi diangkat menjadi presiden Iran yang
baharu. Ditambah pula dengan rekod beliau sebelum ini dimana beliau dituduh
terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai dalam penjara pada tahun 1988. Ini menyebabkan
pertubuhan amnesty dan pertubuhan hak asasi manusia membantah dan mengecam
beliau ekoran penglibatan beliau dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut. Selain
itu, perjanjian nuklear yang ditandatangani oleh negara Iran dan Kesatuan
Eropah pada tahun 2015 juga menimbulkan sedikit sebanyak pertanyaan di mana
Ebrahim Raisi merupakan penentang bagi perjanjian tersebut. Namun adakah
nadanya akan berubah setelah dipilih sebagai presiden baharu Iran. Dalam sidang
media pertama setelah dipilih sebagai presiden, beliau menyatakan kesanggupan
untuk berunding semula perjanjian tersebut dengan negara barat terutamanya
Amerika Syarikat yang kini juga dibawah kepemimpinan presiden baharu Joe Biden.
Disamping itu,
beliau juga berikrar akan memperbaiki hubungan dengan negara-negara jiran
antaranya negara-negara arab seperti Arab Saudi, Iraq, dan lain-lain lagi. Ini
kerana beliau harus berbaik dengan musuh terdekat seperti Arab Saudi yang sudah
menamatkan hubungan diplomatik dengan Iran pada tahun 2016 selain daripada kedua-dua
negara tersebut sudah terlibat dalam perang proksi sekian lama. Iran juga
mempunyai hubungan yang buruk dengan Iraq apabila kedua-dua negara tersebut
sudah terlibat dalam perang Iran-Iraq pada tahun 1980 ketika Saddam Hussein
yang memimpin Iraq kala itu melancarkan perang terhadap Republik Islam yang
baru ditubuhkan di bawah kepimpinan Ayatollah Khomenei. Selepas Saddam Hussein
digulingkan pada tahun 2003 semasa penceborohan oleh Tentera USA dan sekutunya,
Iran memperluaskan pengaruhnya ke dalam Iraq melalui lantikan beberapa pemimpin
politik yang bermazhab syiah seperti pelantikan Nouri Al-Maliki sebagai perdana
menteri Iraq di samping penubuhan tentera paramiliter yang mendapat tunjuk ajar
daripada Brigate al Quds di bawah pimpinan Jeneral Qassim Soleimani untuk
menentang pengganas ISIS. Penglibatan Iran ini mendapat pelbagai tentangan
daripada masyarakat Iraq itu sendiri. Justeru ini merupakan hal yang perlu
Ebrahim Raisi tangani terlebih dahulu untuk memastikan bahawa keamanan dan
kestabilan negara Iran terjamin dahulu sebelum melangkah untuk menghadapi
Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah yang lain.
Jadi agak
menarik untuk kita melihat di sini sama ada Ebrahim Raisi ini mampu untuk
mengemudi Iran ke arah yang lebih baik lagi daripada pendahulunya dari segi
pertumbuhan ekonomi terutamanya yang terjejas teruk ekoran sekatan ekonomi yang
dikenakan oleh USA ke atas Iran pada tahun 2018. Oleh itu, marilah sama-sama
kita melihat apakah tindakan beliau yang pertama selepas dilantik sebagai
presiden Iran yang baharu nanti.
Ulasan
Catat Ulasan