Ukraine

                                                                     Ukraine-Russia

 Pada tengah hari kelmarin Presiden Russia Vladimir Putin telah mengarahkan pencerobohan berskala penuh ke atas Ukraine. Alasannya ialah kerana ingin melindungi kepentingan rakyatnya daripada kezaliman kerajaan pro barat yang berpusat di Kiev. Setelah berminggu-minggu Putin meletakkan tenteranya di sempadan Russia-Ukraine serta melaksanakan latihan ketenteraan penuh di sepanjang sempadan tersebut. Ini membuatkan Ukraine serta negara-negara barat yang lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan lain-lain lagi meluahkan rasa tidak puas hati atas tindakan Russia tersebut. 

    Segalanya bermula apabila presiden Ukraine Volodymr Zelensky membuat pengumuman bahawa Ukraine akan menganggotai pakatan NATO yang dianggotai oleh negara-negara Barat seperti yang saya telah sebutkan di atas tadi. Ini yang membuatkan Putin merasa berang akan tindakan tersebut kerana ianya akan mengancam kedudukan Russia sebagai sebuah negara yang kuat serta dapat menyebarkan pengaruh kerana melihat kepada kedudukan geografi Ukraine yang berhampiran dengan Russia menyebabkan kedudukan Russia akan terancam sekiranya Ukraine menyertai pakatan NATO.

    Sebelum itu, kita kena mengenalpasti terlebih dahulu apakah itu pakatan NATO. NATO ataupun sebutan penuhnya North Atlantic Treaty Organization adalah satu pertubuhan yang dianggotai oleh negara-negara barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jerman dan lain-lain lagi. Pertubuhan ini ditubuhkan setelah Perang dunia ke 2 dan tujuan penubuhan pakatan tersebut ialah untuk menyekat pengaruh USSR ataupun nama penuhnya Union Of Soviet Sosialist Republic atau lebih dikenali sebagai Soviet Union. Soviet Union merespon kembali dengan menubuhkan pakatan Warsaw atau "Warsaw Pact" yang mana ia dianggotai oleh negara-negara komunis seperti Soviet Union, Jerman Timur, Hungary, Poland, Czechoslovakia dan lain-lain lagi sehingga pada tahun 1991 apabila Soviet Union dibubarkan. 

    Jadi berbalik kepada isu yang dihadapi oleh Ukraine sekarang ini ialah Ukraine sekarang berada di dalam dilema sama ada ingin menyertai pakatan NATO ataupun tidak. Jika Ukraine menyertai Pakatan NATO, maka Russia akan bertindak dengan lebih agressif seperti mana yang terjadi pada tahun 2014 apabila Russia menawan semenanjung Crimea daripada Ukraine hasil daripada kejatuhan kerajaan Pro Russia oleh protes pro barat. Russia setakat ini telah mengiktiraf negara yang didirikan oleh puak pemisah di timur Ukraine iaitu Republik rakyat Luhantsk dan Republik rakyat Donetsk hasil daripada perang saudara yang berlaku di timur Ukraine pada tahun 2014 juga. 

 Setelah Russia melakukan pencerobohan secara besar-besaran tersebut, pelbagai reaksi yang timbul daripada negara-negara lain. Amerika Syarikat misalnya telah mengenakan sekatan ekonomi terhadap Russia. United Kingdom pula telah mengeluarkan surat larangan perjalanan kepada usahawan Russia termasuk Roman Abramovich, pemilik kelab Chelsea FC yang merupakan individu yang rapat dengan Presiden Russia, Vladimir Putin. Malaysia menerusi kenyataan YAB Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaacob menggesa agar tindakan ini dihentikan segera dan masalah ini harus diselesaikan melalui meja rundingan.

Akhir kata, masalah yang sedang berlaku ketika ini perlu diselesaikan dengan segera antara kedua-dua negara terbabit. Penyelesaian menerusi jalan perang yang diambil oleh Russia ini dilihat tidak sesuai dan tidak bertepatan kerana ia boleh membuat banyak nyawa rakyat yang tidak bersalah terkorban dalam perang ini. Negara-negara kuasa besar yang lain juga harus berganding bahu dalam mencari jalan penyelesaian agar masalah ini dapat diselesaikan meggunakan jalur diplomasi

 

Ulasan

  1. Bagi Saya la kan tindakan Russia adalah benar kerana Kita sudah tahu bahawa NATO Dan USA ini adalah iblis yang bertopengkan manusia. Katanya mahu jadi polis dunia tapi mereke sendiri sebenarnya adalah penjenayah. Tindakan Russia ini patut dicontohi oleh setiap negara kerana ini adalah Salah satu cara yang paling berkesan jika ingin mengekalkan kedaulatan negara sendiri. Sememangnya Kita lihat sekiranya Ukraine menyertai NATO bersama USA itu tidak memberi sebarang masalah tetapi Vladimir Putin berpandangan jauh dan mampu membaca tektik USA demi untuk membuatkan Russia tunduk kepada USA. Mari berfikir secara logik, selepas perang dunia kedua terdapat perang dingin. Hal ini kerana tertubuhnya PBB. Sekarang USA full pegang PBB. Sekiranya mereka dapat menarik Ukraine menjadi Salah sebuah kuasa takluk mereka, USA tidak akan segan silu untuk melancarkan perang keatas Russia kerana mereka sudah berada di sebelah russia sahaja. USA tidak perlu untuk menghantar peluru berpandu. USA lebih mudah untuk masuk terus ke Russia. Sememangnya Kita merasakan bahawa USA tidak akan melakukan sedemikian tapi jelaslah bahawa disebalik pemimpin USA ialah golongan elit yang ingin menjajah setiap negara di dunia supaya mereka dapat membantu menggerakkan agenda mereka dengan mudah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular