SPEAKERS CORNERS

 

Kebebasan bersuara merupakan suatu kebebasan yang patut dikecapi dan dinikmati oleh setiap masyarakat. Ini kerana kebebasan yang diberikan merupakan suatu bentuk kebenaran yang diberikan secara khusus kepada mereka untuk berekspresi dan juga untuk menyuarakan segala isu yang mereka ingin ketengahkan. Salah satunya ialah penubuhan sudut pidato atau dalam Bahasa inggeris dipanggil “Speakers corner” yang diadakan di Hyde Park, London.

Budaya ini merupakan sesuatu yang sudah lama dilaksanakan di Britain sejak abad ke 18 lagi di mana ia bertujuan untuk memupuk budaya kebebasan bersuara dalam kalangan masyarakat Britain untuk bercakap mengenai pelbagai isu yang ingin disuarakan oleh mereka. Pelbagai isu yang disuarakan oleh masyarakat di sana tetapi isu yang paling popular yang sering dimainkan oleh masyarakat di sana ialah isu politik dan agama. Oleh itu, kita sering tengok di dalam laman sosial youtube di mana berlaku perdebatan antara pendakwah muslim dan Kristian tentang agama yang manakah yang benar, penyokong sosialisme berdebat dengan penyokong kapitalisme mengenai sistem ekonomi mana yang terbaik perlu dilakukan, dan juga penganut agama berdebat dengan penganut atheism mengenai keperluan agama pada zaman sekarang ini. Semuanya yang saya sebutkan di atas semuanya mereka bebas berucap di sudut pidato tersebut di Hyde Park selagi mana mereka tidak menganggu ketenteraman awam dan juga mereka memanfaatkan sepenuhnya kebebasan bersuara yang diberikan kepada mereka untuk berucap. Antara tokoh-tokoh yang pernah berucap di Hyde Park ini ialah Karl Marx yang merupakan seorang ahli falsafah, ahli ekonomi, wartawan, pengasas fahaman komunisme, Vladimir Lenin, pengasas negara Soviet Union sekaligus merupakan antara negara komunis pertama di dunia yang pernah didirikan dan lain-lain lagi.

Satu perkara yang semua mahasiswa harus mengetahui ialah mereka merupakan pelapis kepada generasi yang ada pada masa sekarang ini. Mereka mempunyai hak untuk menyuarakan apa sahaja yang mereka mahukan. Mahasiswa merupakan suatu aset negara yang sangat penting kerana tanpa mereka ini  siapa yang akan memimpin negara pada masa hadapan kelak. Oleh itu, mahasiswa harus digilap bermula daripada sekarang. Dedahkan mereka dengan program-program yang berbentuk ilmiah seperti wacana mengenai tokoh-tokoh yang belum pernah kita dengar sebelum ini seperti Karl Marx, Friedrich Engel, kalau dari segi tokoh islam pula kita mempunyai Ali Shariati yang mana kemungkinan besar mahasiswa tidak mengenalinya kecuali pelajar yang mengambil jurusan sosiologi. Bahkan Ali shariati itu merupakan tokoh yang besar sehingga dipanggil dengan gelaran “ideologi republik islam” kerana beliau memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan mahasiswa untuk menentang Shah Iran Ketika itu. Karya-karya tokoh-tokoh yang disebut di atas disamping tokoh yang lain juga wajar dijadikan sebagai wacana dan juga sebagai bahan perbincangan di dalam kelas mahupun secara berpersatuan.

Oleh itu Persatuan Mahasiswa Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (PMFKP), USIM merancang akan mengadakan Kembali Speakers corners yang akan bermula pada tangal 31 Mei 2022 yang mana ianya merupakan suatu program yang memberi peluang kepada mahasiswa untuk berucap mengenai isu-isu yang mereka ingin luahkan disamping ingin mencungkil bakat pengucapan awam yang ada di kalangan mahasiswa. Maka oleh itu, sama-sama lah kita menyokong program ini selepas 2 tahun ditangguhkan untuk memastikan bahawa aktiviti intelektual mahasiswa dapat diadakan semula nanti.

Ulasan

Catatan Popular