RFK JR: kuasa calon bebas
RFK JR: kuasa calon bebas
Tahun 2024 ini merupakan tahun yang dipenuhi dengan pilihan raya. Dimulai dari Pilihan raya Presiden di Indonesia, India, Perancis, dan menjelang hujung tahun ini, Amerika Syarikat bakal mengadakan pilihan raya presiden.
Pilihan
raya pada kali ini tertumpu kepada pertarungan antara Naib Presiden US, Kamala
Harris dan mantan Presiden US, Donald Trump. Meskipun pada awalnya Joe Biden dilihat
bakal mempertahankan jawatan Presiden yang dimenanginya pada tahun 2020, namun
beliau terpaksa menarik diri akibat dikritik oleh ramai pihak susulan daripada
prestasi merundum yang ditampilkannya dalam debat perdana pada awal bulan lalu
disamping ketidakmampuan beliau untuk memimpin negara kuasa besar itu lagi.
Semestinya
liputan media pada pilihan raya presiden kali ini akan lebih tertumpu kepada
kedua calon tersebut seolah-olah hanya mereka berdua sahaja yang bertanding,
padahal ada calon lain yang bertanding dalam pilihan raya nanti.
Umum
diketahui bahawa pilihan raya presiden AS selalunya melibatkan pertempuran di
antara dua parti umum di sana iaitu Parti Republikan dan Parti Demokrat.
Republikan atau dipanggil Grand old Party (GOP) merupakan parti yang
berideologikan konservatif manakala Demokrat pula merupakan parti yang memegang
kepada nilai liberalism.
Ada beberapa calon lain yang bertanding pada
pilihan raya kali ini, namun calon bebas yang perlu diberi perhatian oleh warga
US selain daripada Harris dan Trump ialah Robert F Kennedy Jr yang bertanding atas
tiket calon bebas.
Beliau
datang daripada dinasti keluarga yang dihormati di Amerika Syarikat iaitu keluarga
Kennedy di mana ayahnya, Bobby Kennedy merupakan Peguam Negara pada era
pentadbiran John F Kennedy dan pernah bertanding sebagai calon presiden pada
1968 manakala bapa saudaranya, John F Kennedy pula adalah Presiden Amerika
Syarikat dan berkhidmat dari tahun 1961 hingga kematiannya pada 1963 akibat
dibunuh.
Robert
Kennedy Jr atau mesra dipanggil RFK JR berusia 70 tahun merupakan seorang
peguam alam sekitar selain turut dikenali sebagai aktivis antivaksin yang
didakwa seringkali menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai vaksin ketika pada
zaman covid-19. Beliau sebelum ini bertanding sebagai calon Presiden Demokrat
menentang Biden, namun pada Oktober lalu beliau menarik diri dan memutuskan
untuk bertanding atas tiket calon bebas.
RFK
JR sering dilabel oleh media arus perdana sebagai sosok yang mempromosikan
teori konspirasi yang melibatkan sistem kesihatan awam di sana terutamanya
berkaitan dengan vaksin covid-19 di mana beliau mendakwa vaksin boleh
mendatangkan penyakit autism sehingga mengundang kecaman dari ramai pihak
termasuk dari ahli keluarga beliau sendiri.
Meskipun
beliau hanya merupakan calon ketiga sahaja, namun pemerhati politik di US menjangkakan
beliau mampu tarik undi daripada pengundi konservatif dan juga pengundi liberal,
itu merupakan antara perkara yang perlu diberi perhatian yang serius juga.
Ini
dapat dilihat melalui laporan media di sana yang melaporkan bahawa Trump telah
menghubungi Kennedy sehari selepas beliau menghadapi percubaan membunuh di
Pennsylvania dimana Trump didakwa menawarkan jawatan kepad Kennedy untuk
berkhidmat di dalam pemerintahannya andai beliau menang dalam pilihan raya pada
November nanti.
Ada
pandangan beliau dalam beberapa isu di US agak tidak konsisten di mana
pandangan beliau ada yang boleh dikategorikan sebagai pandangan liberal,
manakala ada pandangannya juga kadangkala dianggap sebagai konservatif.
Misalnya, dalam isu keguguran beliau lantang
mempertahankannya dengan alasan bahawa adalah menjadi hak kepada wanita yang
ingin menggugurkan kandungannya walaupun tindakan tersebut merupakan suatu
tragedi.
Manakala
dalam isu imigrasi pula, beliau berpendapat bahawa isu ini merupakan isu
kemanusiaan, dan berpendapat bahawa krisis tersebut dapat ditangani dengan
menggunakan teknologi sepenuhnya seperti kamera bagi membendung krisis
tersebut.
Di samping itu, beliau lantang mengkritik
polisi Trump yang merancang untuk membina dinding di sepanjang sempadan negara
tersebut dengan Mexico dan juga mengkritik pentadbiran Biden yang dilihat gagal
menangani krisis imigrasi yang semakin teruk di selatan negara itu.
Walaupun
kemungkinan untuk menang dalam pilihan raya kali ini dilihat agak sukar, tetapi
mengapa tidak berikan peluang kepada calon bebas yang mewakili blok ketiga
untuk memenangi pilihan raya November ini, kerana rakyat Amerika semestinya
sudah bosan dan muak melihat kepada ahli politik di negara kuasa besar tersebut
yang tidak habis berpolitik 24 jam dan tidak bekerja sepenuhnya untuk rakyat.
Bahkan,
kalau kita lihat dari pilihan raya sebelum ini pun, bukannya tidak ada calon
bebas yang pernah bertanding dalam pilihan raya presiden USA. Sebagai contoh, tahun
1992 Ross Perot, usahawan dari Texas pernah bertanding sebagai calon bebas
melawan Bill Clinton dari Demokrat dan George H.W Bush dari Republikan dan
meskipun tidak berjaya memenangi pilihan raya tersebut tetapi beliau berjaya
memperoleh sebanyak 19 juta undian, jumlah undian paling banyak yang diperolehi
oleh calon yang bukan datang dari mana-mana parti politik.
Kemunculan
calon bebas ini sebenarnya merupakan satu perkara yang sihat di dalam demokrasi.
Hal ini demikian kerana mereka telah memberikan satu alternatif yang baharu
ataupun dalam bahasa mudahnya lain daripada yang lain sehingga membuatkan
pengundi tertarik untuk mengundi calon bebas berbanding dengan calon lain.
Di
samping itu, pengundi dapat meluahkan rasa ketidakpuashatian mereka kepada
ahli-ahli politik ini dengan mengundi calon yang berada di luar lingkungan
sistem politik yang kalau kita lihat terang-terang dikuasai oleh pelobi supaya
dapat memberi peringatan kepada mereka tentang janji-janji yang mereka telah
taburkan semasa proses berkempen.
Kuasa
mengundi berada di tangan rakyat US. Mereka berhak untuk memilih pemimpin yang
dirasakan mereka layak untuk memimpin negara kuasa besar tersebut kerana itu
adalah sebahagian daripada proses demokrasi. Manakala Pemimpin yang dipilih
nanti harus bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai isu global yang dihadapi di
antaranya ialah isu perang Ukraine-Russia yang tidak berkesudahan, kebangkitan
China dan Russia yang diaggap sebagai ancaman terhadap US dan paling penting
isu Palestin-Israel yang tidak pernah mencapai kata putus.
Sememangnya kita peka akan issu antarabangsa setakat ni, u'r essay on international geopolitics is truly impressive! The depth of your analysis, clarity of argument, and ability to connect complex global events reflect a profound understanding of the subject.
BalasPadam