Afghanistan ditawan oleh Taliban
Baru-baru ini, Taliban berjaya
menguasai seluruh Afghanistan dalam masa yang singkat sahaja. Kota-kota besar
di seluruh Afghanistan seperti Kandahar, Jalalabad dan lain-lain lagi hanya
mengambil masa beberapa hari sahaja untuk dikuasai oleh Taliban. Kelemahan
tentera Afghanistan antara punca mengapa Taliban boleh menguasai kota-kota
besar dalam masa yang singkat sahaja meskipun tentera Afghanistan sendiri yang
walaupun dilatih oleh tentera US, namun mereka senang dikalahkan oleh pejuang
Taliban yang telah berjuang sejak daripada perang soviet lagi di mana
kebanyakan daripada pejuang Taliban ini terdiri daripada mereka yang terlibat
dalam perang mujahidin melawan Soviet Union yang telah menjajah negara tersebut
sejak dari 1980. Ini yang menyebabkan tentera Afghanistan terpaksa menyerah
kalah kepada Taliban dan kota-kota besar dapat dikuasai oleh Taliban dengan
begitu cepat sekali. Suntikan dana sebanyak AS$2.3 trillion (RM9.6 trillion)
hasil daripada cukai yang dibayar oleh rakyat Amerika Syarikat ke dalam sektor
pertahanan dilihat tidak membantu tentera Afghanistan langsung apabila mereka
ditewaskan dengan begitu mudah dengan pejuang Taliban.
Apabila memasuki hari-hari terakhir sebelum
Taliban memasuki ibu negara Kabul, presiden Afghanistan, Ashraf Ghani melarikan
diri ke Negara Tajikistan. Alasannya adalah untuk mengelak daripada berlakunya
pertumpahan darah. Tindakan yang dilakukan oleh beliau menimbulkan persoalan
oleh masyarakat Afghanistan sendiri, Apakah tindakan tersebut wajar? Jika
dilihat dari segi nilai moral ataupun etika, seharusnya beliau kekal di istana
presiden di Kabul atas kapasitinya sebagai Presiden Afghanistan yang dipilih
oleh rakyat dalam pilihan raya presiden maka seharusnya beliau kekal bersama
dengan rakyat yang telah mengundinya untuk berunding bersama dengan Taliban
mengenai sebarang transisi ataupun sebarang pemindahan kekuasaan. Namun
malangnya, beliau melarikan diri bersama-sama dengan rombongannya sambil
didakwa melarikan wang sebanyak berbillion dollar untuk dibawa ke luar negara.
Keadaan agak kelam kabut apabila
mendapat khabar bahawa Taliban sudah berada di pinggir Kabul, di mana ramai
warga Afghanistan yang tergesa-gesa untuk ke lapangan terbang antarabangsa
Kabul untuk melarikan diri. Ini kerana mereka sudah tidak mahu lagi ‘pisang
berbuah dua kali’ di mana mereka sudah merasa keperitan semasa berada di bawah
pemerintahan Taliban sebelum ini dari tahun 1996 hingga 2001 di mana Taliban
menerapkan undang-undang syariah di Afghanistan. Para diplomat asing dari
negara-negara Barat seperti kedutaan USA, Britain, Perancis dan lain-lain lagi
yang sudah mengemas barang dan juga ikut turut serta bersama dengan rakyat
Afghanistan yang lain untuk melarikan diri sebaik sahaja mendengar khabar
berita tentang Taliban ini. Kecuali kedutaan negara lain seperti China yang menyatakan
kedutaannya akan kekal di Kabul, diplomat asing yang lain telah melarikan diri
ke luar Afghanistan.
Maka, apabila Taliban sudah pun
berjaya memasuki Kabul dan berjaya menguasai keseluruhan Afghanistan secara
keseluruhannya, persoalannya di sini adalah apakah Taliban yang sekarang adalah
seperti Taliban yang dahulu, yang mengamalkan hukum-hukum syariah secara tegas
di negara tersebut, ataupun mereka mampu menjadi yang lebih inklusif daripada
sebelum ini iaitu, dengan menerapkan undang-undang syariah juga, namun pada
masa yang sama harus memberi peluang kepada golongan wanita untuk bekerja,
membenarkan kanak-kanak untuk pergi ke sekolah, memberikan kebebasan media dan
juga kebebasan berpendapat. Namun semua itu hanya sia-sia sahaja jika mereka
hanya bercakap sahaja namun sebaik sahaja mereka memegang tampuk pemerintahan,
lainnya yang mereka lakukan daripada apa yang mereka katakan buat masa
sekarang.
Dari segi hubungan diplomatik,
China sudah terang-terangan ingin menjalinkan kerjasama dan jalinkan hubungan
secara tidak langsung dengan rejim Taliban apabila mereka tidak mahu
kebangkitan rejim Taliban ini mampu mencetuskan semangat kepada kaum Uighur di
China untuk memberontak. Jadi itu adalah sebabnya mengapa China ingin
menjalinkan kerjasama dengan rejim Taliban hasil dari pertemuan antara wakil
Taliban dan China pada bulan Ogos yang lepas. Turki juga menerusi presidennya,
Reccep Tayyip Erdogan menyatakan bahawa Turki telah mengadakan perbincangan
dengan Taliban dalam memberi bantuan dalam menjaga keselamatan lapangan terbang
Antarabangsa Kabul yang telah ditinggalkan oleh tentera US pada malam 30 Ogos
yang lalu untuk memastikan bahawa negara-negara lain dapat mengekalkan
kehadiran diplomatik di negara tersebut. Malaysia menurut menteri luar negeri,
Dato Saifuddin Abdullah mengatakan bahawa Malaysia mengambil sikap berhati-hati
dalam menjalinkan hubungan diplomatik dengan Taliban dengan mengambil kira
semua pandangan daripada semua sektor dan akan mengumumkan dalam masa terdekat
mengenai keputusan tersebut.
Kesimpulannya disini adalah
bagaimanakah Taliban akan memerintah Afghanistan ini setelah kali terakhir mereka
lakukannya pada 1996. Namun mereka perlu lakukan dengan lebih baik daripada
sebelum ini terutamanya dalam memastikan hak asasi manusia terus terjaga,
masalah rasuah dapat diatasi, hak wanita untuk bekerja harus dibenarkan, media
harus diberi kebebasan untuk melapor dan kanak-kanak perlu dibenarkan untuk
pergi ke sekolah untuk belajar di samping menerapkan undang-undang syariah. Ini
untuk memastikan bahawa pembinaan semula Afghanistan yang sering dilaungkan
oleh rejim Taliban ini akan tetap terlaksana. Namun, adakah Taliban akan
melakukan semua perubahan ini?
Well done penulisan Taliban USIM
BalasPadam